Mengenai Arabic-Tasnif.com

Arabic-Tasnif.com dan kandungan portalnya adalah diuruskan oleh saudara Mokhtar bin Ahlan.

Beliau berasal dari Muar Johor, mempelajari bahasa arab dengan anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali di pondoknya di Siliau Rantau Negeri Sembilan, 1989.

Pada mulanya kedatangan beliau ke pondok tersebut hanyalah atas ajakan seorang sahabat (Ustaz Mohd Nor), namun Alhamdulillah atas kehendak dan petunjukNya, maka berputik rasa minat untuk mempelajari secara lebih lanjut.

Di pondok tersebut, beliau telah belajar bahasa Arab dari murid yang telah mendapat kepercayaan dari Tn Guru Haji Ali untuk mengajar bahasa Arab iaitu Ustaz Nik Nasri. Alhamdulillah di atas limpah kurniaanNya dan keberkatan dariNya, ilmu yang dipelajari telah dapat dirakamkan di dalam nota yang masih elok disimpan disini.

Pada 2015, beliau berpeluang belajar bahasa Arab bersama Ustaz Nouman Ali Khan selama sebulan di dalam suatu program Quran Intensive 2015.

Pada 2016-2019, beliau menyambung pelajaran bahasa Arabnya bersama Ustaz Abdullah Endut Quranic, Petaling Jaya. Di akhir pengajian beliau mendapat perakuan dari Pengasas Ar-Rahmah Quranic Learning Centre, Ustaz Abdullah Endut, layak untuk mengajar dari mengajar mata pelajaran nahu dan sorof.

Pada 2018 beliau pernah mendapatkan sijil tauliah D4 - kebenaran untuk mengajar Bahasa Arab, di surau dan masjid yang berdaftar di bawah MAIS.

Dari masa ke semasa beliau ada juga mengikuti bengkel-bengkel bahasa arab yang dikendalikan oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid di Shah Alam Selangor.

Semuga Allah mengampuni dan merahmati semua guru-guru kami. Ameen

Mokhtar bin Ahlan menerima sijil

Di dalam Arabic Tasnif, 2 terjemahan digunakan sebagai rujukan utama iaitu: