Assalamualaikum wrbt.
Kelas Bahasa Arab Arabic Tasnif Online. Pastikan anda terlebih dahulu mendaftar sebagai user sebelum melayari page ini. Pendaftaran adalah percuma.

MENGENAI KURSUS ONLINE INI

    • Jumlah jam pembelajaran secara online ~ 65 jam yang InsyaAllah akan disempurnakan dalam tempoh ~ 60 hari (lebih kurang 2 bulan).
    • Kandungan kursus merangkup kesemua 11 Bab (8 bab Nahu dan 3 bab Sorof) seperti yang terdapat di dalam portal.
    • Sesi online akan dijalankan pada hari berkerja ~ Isnin hingga Khamis.
    • Dua kelompok disediakan iaitu:
      • Kumpulan Pagi 9-11 am ATAU
      • Kumpulan Petang 2-4 pm.

Pilih SATU kumpulan SAHAJA.

    • Akses Kursus Nahu dan Sorof akan diberi secara percuma selama setahun kepada sesiapa yang melanggan kelas online (Jimat ~RM100) .

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

    • Kelas sepenuhnya dijalankan secara di talian online.
    • Applikasi yang digunakan - Microsoft Team. Peserta akan diberikan link untuk join kelas online.
    • Pelajar hanya perlukan Komputer atau Laptop atau Smartphone, internet, browser, microphone dan earphone.

BOOKING Kelas ditalian

    • Kepada yang berminat sila buat booking dengan memilih sesi yang disediakan di bawah dan klik 'Link untuk booking' . Pilih satu sesi sahaja.
    • Moderator akan menyediakan Kelas Online jika mendapat sambutan. (Minimal 10 orang - maximal 20 org).
    • Penyertaan akan ditutup apabila kelompok telah mencapai 20 org. 'Siapa cepat dia lebih dulu didaftarkan'
    • Pemberitahuan tentang penyediakan kelas akan dibuat melalui email seperti yang ditulis di dalam borang ini. Pastikan email address anda betul.
    • Anda perlu mendaftar sebagai user terlebih dahulu sebelum membuat booking.

PEMBAYARAN

    • Pemohon perlu membuat pembayaran secara bank transfer terlebih dahulu sebelum moderator dapat mendaftarkan pemohon ke Kelas AT Online.
    • Maklumat pembayaran (Bila boleh bayar? Bank apa?) akan dimaklumkan melalui email. Jadi pastikan email address anda betul.
    • Kos untuk menyertai kelas AT ditalian adalah RM 450.00
    • Kepada pemohon yang berjaya, moderator akan mendaftarkan nama pemohon ke dalam Kelas online secara manual.